Monday 16 January 2012

KURSUS TARIAN ZAPIN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI












Akhir tahun 2011 sebelum sesi persekolahan ditutup, SKRM telah membuat satu jalinan program bersama Kolej Komuniti iaitu Kursus Tarian Zapin. Di dalam kursus ini murid-murid didedahkan tentang pelbagai aspek asli tarian tersebut. Kolej Komuniti juga telah mengeluarkan sijil kepada para peserta.

AKTIVITI KO-KURIKULUM

Aktiviti ko-kurikulum berjalan seperti biasa. Berikut adalah jadual aktiviti tersebut sepanjang tahun.

Sunday 15 January 2012

30 TAHUN SKRM


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Tahun 2012 maka genaplah SKRM 30 tahun. Oleh itu pihak sekolah bercadang akan membuat sambutan sempena tarikh tersebut. Pelbagai program telah diatur bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Antara program yang dirancang adalah :
1. Road Run 30 Tahun SKRM - 20 Januari 2012
2. Hari Anugerah Kecemerlangan 30 Tahun SKRM - 28 Januari 2012
3. Watikah Perlantikan Pengawas - 30 Januari 2012
4. Sukan Sekolah 30 Tahun SKRM
5. Perkhemahan Unit Berunifom
6. Karnival 30 Tahun SKRM - 23 dan 24 jun 2012
7. Kebudayaan ke Turki - April
8. Mesyuarat Agung PIBG sempena 30 Tahun SKRM - 11 Februari 2012
9. Karnival 1 Murid 1 Sukan 30 tahun - 31 Okt. 2012
10.. Hari Kanak-kanak 30 tahun SKRM - 1 November 2012
11. Khatam Al-Quran 30 juzuk 30 Tahun SKRM - Ramadhan
12. Majlis Tahlil 30 Tahun SKRM 
13. UPSR sempena 30 Tahun SKRM - target pencapaian tertinggi
14.Sambutan Hari Patriotik 30 SKRM 
15. Kunjungan ke Istana Klang
16. TV3-School Attack
17. Konsert 30 SKRM
18. Menerbitkan setem POS 30 SKRM
19. Program Anak Angkat pendidikan khas
20. Permuafakatan dengan syarikat berhampiran
21. Pembinaan Ruang terbuka Prasekolah 30 SKRM
22.Taman orkid dan kolam ikan
23. Rekod Malaysia P&P 100 jam

Adalah menjadi harapan SKRM agar program ini akan berjalan dengan lancar. Kami juga mengalu-alukan penyertaan daripada bekas-bekas pelajar yag pernah bersekolah di sekolah ini untuk menjayakan lagi program ini. Sekiranya anda bekas pelajar sekolah ini dan berminat untuk menyumbang dana, idea, atau apa jua bentuk sumbangan yang boleh melancarkan lagi perjalanan program ini bolehlah hubungi kami di talian
03-55195148 atau email kepada kami di skrajamuda2012@gmail.com.
Segala perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

AL-FATIHAH

Pada hari Sabtu lepas suami kepada Pn. Salbiah( guru sesi petang) telah kembali ke rahmatullah. Warga SKRM bersimpati dengan pemergian beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan mukmin yang beriman. AL-FATIHAH

Monday 9 January 2012

LATIHAN ROAD RUN 2012 SEMPANA 30 TAHUN SKRM



Latihan Road Run akan berlangsung mengikut ketetapan di bawah :

Selasa : Rumah Merah dan Biru
Rabu  : Rumah Hijau dan Kuning

Masa : 4.00 - 6.00 petang

Sunday 8 January 2012

SELAMAT TAHUN BAHARU 2012


2012 telah datang meninggalkan 2011. Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada SKRM. Tanamkan azam untuk mencapai pencapaian tertinggi bagi setiap warga SKRM dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerjasama semua pihak yang jitu pastinya akan membuahkan kejayaan cemerlang. Selamat tahun baharu 2012.